Thursday, March 10, 2011

yang namanya blog

dengan ini, saya membuat blog hanya lah kerana ingin mengikuti perkembangan blog2 lain, memandangkan saya tidak dibenarkan untuk membuat fesbuk. a.k.a FACEBOOK.(boleh je pon kalau nak buat..) oleh encik Ahmad...
haishh...saya juga akan ikot blog yg encik ahmad follow.
(die ckp nak buat blog lain)
x tahu la nak buat ke idok...
haiisssh....

saya hanya lah orang yang menurut perintah.
"iye, baiklah, ok2..." itulah ayat saya untuk si dia.
ngeh..ngeh..
ok lah... nk smbung buat kejo...

Thursday, March 3, 2011

ujian datang menimpa,tertimpa dan ditimpa....

hidup penuh dengan ujian , cabaran , dan dugaan.
itulah rencah kehidupan.
aku harus sedia menerima segala kemungkinan yang bakal aku hadapi nanti.
yang sudah tertulis sejak azali kerana itulah takdir diri ini.
aku terima dengan penuh rasa syukur.Alhamdulillah.
ya Allah,kuatkan lah semangat aku untuk menepuh segala ujian ini dengan tabah, keseorangan di bandaraya penuh cabaran, ditemani sahabat handai, dan teman rapat, berjauhan dengan umie dan ayah, serta keluarga tercinta.
jauh disudut hati terasa pilu, sayu dan sedih mengenangkan keluarga yang jauh.
tanggungjawab yang digalas hendaklah aku sempurnakan.
tidak boleh menoleh ke belakang lagi.kita terpaksa berjauhan dikala saat genting itu tiba.

maafkan kak am wahai adikku nadia.
kak am sayang sngt kat diah.
kak am doakan nadia kuat menempuh ujian Allah ini.
kak am doakan nadia dari jauh.
semoga adik kak am nie jadi insan yang sngt berguna.
sabar lah wahai hati ini.
merindui kaum keluarga di sana.
kak am x sangka ada orng yang sanggup lakukan perkara itu.
ketahuilah adikku, ketegasan kakak terhadap adiknya hanya lah untuk memastikan adik itu selalu di jalan yang benar, sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah.
kakak itu tidak mahu adiknya menderhaka kepada umi dan ayah.
jangan lah nadia berkecil hati dengan teguran yang diberikan.
sungguh2 kak am menyayangi adik kak am nie.

adikku nadia, kak am terasa amat pilu dan sebak tika tulisan ini disempurnakan.
kerinduan kakak terhadap adik yang sedang diuji Tuhan.
alahai adikku...........
sedihnya kak am bila terkenangkan perkara ujian dari Allah itu.
sabarlah nadia, kita sama2 usaha semoga Ujian ini akan berakhir.

*ya Allah,kesedihan ini tidak dapat dibendung lagi..maka bercucuran lah airmata untuk insan tersayang, adikku nadia..*